2025-07-25 HaiPress

Gambar fail BERNAMA
LABUAN,25 Julai – Penduduk Labuan menyifatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off sebagai langkah tepat dalam membantu menampung perbelanjaan membeli keperluan asas.
Bantuan itu turut dilihat meringankan beban kos sara hidup,khususnya golongan berpendapatan rendah di wilayah ini.
“Sumbangan ini sememangnya sangat bagus dan boleh meringankan beban rakyat,terima kasih PMX,” kata Elveron Jomilin,salah seorang penerima.
Mohd Fiqri Taufick pula berharap inisiatif itu diteruskan dengan penambahbaikan pada masa akan datang.
“Bantuan seperti ini sangat membantu dalam keadaan ekonomi sekarang. Saya berharap akan ada penambahbaikan berdasarkan keperluan rakyat,” katanya.
Bagi Mohd Saiful Adha Ismail yang tinggal bersendirian,bantuan itu sangat bermakna untuk golongan yang benar-benar memerlukan.
“Bantuan ini sangat penting,terutama untuk mereka yang tinggal sendiri seperti saya. Ia satu inisiatif yang sangat baik,” katanya.
Pembelian barangan menggunakan bantuan SARA boleh dilakukan di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya di seluruh negara.
Pada 23 Julai,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai One‑Off RM100 di bawah program SARA.
RM100 akan dikreditkan terus ke dalam MyKad warganegara berumur 18 tahun ke atas bermula dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
Program itu turut memberi manfaat kepada lebih 22 juta warga Malaysia,dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.
Ini sekali gus menjadikan keseluruhan pemberian tunai melalui SARA dan STR mencapai RM15 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM13 bilion pada asalnya.
Perdana Menteri berkata,tujuan utama inisiatif SARA adalah untuk meringankan beban kos sara hidup,terutama bagi barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan harian.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur