2025-07-25 HaiPress

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (8 dari kiri) dan Presiden ICA-AP,Dr. Chandrapal Singh Yadav (8 dari kanan) bersama-sama Anggota Lembaga dan pemerhati ICA-AP selepas mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia dan Pasifik di Guangzhou,China/Foto RTM
GUANGZHOU,25 Julai - Malaysia perlu menekankan kepentingan kerjasama antara koperasi serantau secara menyeluruh,bagi membolehkan akses pasaran antara koperasi dengan koperasi (C2C) dipertingkatkan.
Usaha itu termasuk memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik.
Saranan tersebut disuarakan oleh Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Jelas beliau,koperasi rantau Asia Pasifik perlu memainkan peranan yang signifikan bagi memperhebat kolaborasi jangka panjang,kemudahan akses pasaran dan insentif.
"Ia dapat merangsang pengeluaran,pemasaran produk dan perkhidmatan dalam pelbagai sektor perniagaan,'' katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa Rantau Asia dan Pasifik (ICA-AP Regional Board Meeting) serta bengkel antarabangsa di Guangzhou,China.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) yakin,komitmen ANGKASA dalam memperluas pasaran produk koperasi tempatan ke peringkat global akan terus diperkukuh.
Keupayaan tersebut sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi jangka panjang gerakan koperasi negara.
ICA-AP kini mencatatkan 120 anggota daripada 29 buah negara,memperlihatkan pertumbuhan kukuh gerakan koperasi serantau.
Terdahulu,Lembaga ICA-AP mengadakan Mesyuarat Pelan Strategik Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik 2026-2030,dengan menekankan keperluan merangka hala tuju koperasi Asia Pasifik yang lebih mampan dan inklusif dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mesyuarat tersebut dihadiri wakil pemimpin koperasi dari rantau Asia-Pasifik termasuk China,Filipina,India,Iran,Jepun,Korea,Malaysia,Nepal dan Sri Lanka.##
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur