2025-07-25 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menyapa para peserta pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN 2025 di Petaling Jaya/ Foto BERNAMA
PETALING JAYA,24 Julai - Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam tempoh setahun pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS),sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak dilancarkan tahun lalu,NSS berjaya menarik pelaburan berjumlah RM63 bilion,merangkumi RM58 bilion pelaburan asing dan RM5 bilion pelaburan domestik.
"Projek penting termasuklah pengeluaran cip semikonduktor oleh NXP,kilang SiC terbesar dunia oleh Infineon,serta pembangunan papan litar oleh Plexus,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada ASEMIS ASEAN 2025 di sini,hari ini.
Selain itu,sebanyak 13 syarikat tempatan kini muncul sebagai bakal juara nasional,dengan sembilan daripadanya seperti Carsem,Inari dan Vitrox dijangka mencatat pendapatan melebihi RM500 juta tahun ini.
Empat lagi syarikat reka bentuk cip iaitu OppStar,SkyeChip,Infinecs dan Experior pula mencatatkan pertumbuhan tahunan melebihi 25 peratus.
Dari segi pembangunan modal insan,kerajaan melalui CREST dan HRD Corp akan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi melatih 60,000 jurutera dalam tempoh 2025 hingga 2030,sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri ini.
Beliau turut menekankan sasaran baharu di bawah NSS iaitu membangunkan 10 syarikat tempatan dengan pendapatan antara RM1 hingga RM4.7 bilion,dan 100 lagi syarikat untuk menghampiri angka RM1 bilion.
Malaysia turut menyasarkan untuk melahirkan syarikat bertaraf mini-Intel atau mini-TSMC dalam tempoh 10 tahun akan datang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur