2025-07-25 IDOPRESS

Cambodia Airways (KR) memulakan perkhidmatan penerbangannya dua kali seminggu antara Phnom Penh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)/Foto FB Malaysia Airports
SEPANG,24 Julai - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global menerusi penambahan lima laluan udara antarabangsa baharu pada Jun 2025.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan,dua daripada laluan baharu itu dikendalikan oleh rakan kongsi syarikat penerbangan baharu yang akan memperluaskan lagi akses rentas sempadan.
"Cambodia Airways (KR) yang memulakan perkhidmatan penerbangannya dua kali seminggu antara Phnom Penh dan LTAPP.
Manakala,Juneyao Air (HO) melancarkan empat penerbangan mingguan dari Shanghai ke KLIA,memperkukuh hubungan Malaysia dengan Asia Barat serta menambah pilihan perjalanan bagi penumpang dari China dan rantau sekitarnya,” menurut kenyataan itu.
Tambah MAHB,tiga laluan baharu turut diperkenalkan oleh rakan kongsi syarikat penerbangan sedia ada,mencerminkan keyakinan berterusan dalam pasaran penerbangan Malaysia.
“Batik Air Malaysia (OD) memulakan perkhidmatan dua kali seminggu dari KLIA ke Dili,Timor-Leste,manakala AirAsia Kemboja (KT) menawarkan penerbangan tiga kali seminggu antara KLIA dan Sihanoukville.
“AirAsia (AK) pula mula mengendalikan empat penerbangan mingguan dari KLIA ke Darwin,Australia,” katanya lagi.
Pada Jun lalu,MAHB termasuk asetnya di Turkiye,Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 12.7 juta.
Daripada jumlah itu,lapangan terbang tempatan di Malaysia menyumbang 68 peratus atau 8.5 juta pergerakan penumpang,merangkumi 4.2 juta pengembara antarabangsa dan 4.3 juta pengembara domestik.
Sementara itu,Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) mencatatkan peningkatan ketara dari segi bulanan,dengan jumlah pergerakan penumpang meningkat sembilan peratus kepada 151,000 pada Jun berbanding 138,000 pada Mei.
MAHB menjelaskan,peningkatan itu didorong oleh faktor muatan purata yang kukuh melebihi 70 peratus bagi laluan serantau utama yang dikendalikan oleh Firefly Airlines (FY) ke Seletar,Scoot (TR) ke Changi dan TransNusa Airlines (8B) ke Jakarta.
Ini selain pertambahan jumlah perjalanan domestik yang turut dipacu oleh sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di Sabah dan Sarawak,serta Hari Raya Aidiladha yang jatuh bertepatan dengan cuti persekolahan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur