2025-07-25 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
PETALING JAYA,24 Julai - Malaysia sedang giat merundingkan semula tarif 25 peratus dengan Amerika Syarikat (AS) yang dijadual berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini dengan sasaran untuk menurunkannya ke bawah paras 20 peratus.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat sebaik sahaja semua terma dimuktamadkan.
"Perbincangan sedang berjalan. Malah,rundingan diteruskan minggu ini,jadi kita masih berada di landasan untuk mencapai tarikh akhir itu. Sebaik terma dipersetujui,saya percaya pengumuman akan dibuat," katanya di sidang media selepas Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025.
Mengulas kemungkinan lanjutan tarikh akhir,beliau berkata,perkara itu tertakluk kepada pentadbiran Presiden Donald Trump. Setakat ini,belum ada sebarang rundingan rasmi berkaitan lanjutan tersebut.
Tambahnya,setiap negara mempunyai cabaran yang berbeza dalam tawaran berkaitan dengan perbincangan melibatkan tarif tersebut dan Malaysia mengambil sikap berhati-hati dan teliti serta tidak boleh menawarkan sesuatu yang boleh memudaratkan industri tempatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur