2025-07-25 IDOPRESS

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin - Foto Bernama
KUALA LUMPUR,25 Julai - Prospek ekonomi Malaysia kekal positif apabila Indeks Pelopor (IP) meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada 113.7 mata pada Mei 2025,berbanding tempoh sama tahun lalu.
Indeks tersebut digunakan bagi memberi petunjuk awal terhadap perubahan dalam kitaran perniagaan serta hala tuju ekonomi jangka pendek negara.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,peningkatan marginal itu didorong oleh pengukuhan berterusan dalam Import Benar Semi Konduktor sebanyak 19.1 peratus dan Bilangan Syarikat Baharu Didaftar yang meningkat 15.9 peratus.
“Prestasi positif ini mengimbangi penurunan dalam empat komponen lain,menyebabkan peningkatan keseluruhan bersifat sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada asas bulanan,IP turut mencatatkan kenaikan 0.1 peratus,disumbangkan terutamanya oleh peningkatan 0.5 peratus dalam Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan.
Namun begitu,aliran jangka panjang pada Mei 2025 menunjukkan IP kekal berada di bawah paras 100.0 mata,menandakan pemulihan yang sederhana.
“Ekonomi Malaysia dijangka kekal menyederhana dalam masa terdekat,disokong oleh pelonggaran dasar monetari yang berpotensi merangsang permintaan domestik dan menggalakkan pelaburan swasta,meskipun berdepan ketidaktentuan global,” jelasnya.
Sementara itu,Indeks Serentak (IS) yang mengukur prestasi ekonomi semasa mencatat peningkatan 1.3 peratus kepada 127.7 mata pada Mei 2025,berbanding 126.0 mata pada bulan sama tahun sebelumnya.
Prestasi ini dipacu oleh peningkatan menyeluruh merentasi semua komponen,khususnya Nilai Caruman Benar KWSP yang meningkat sebanyak 4.3 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur