2025-07-30 HaiPress

Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Julai - Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif strategik,khusus bagi menarik kehadiran pelancong berkualiti tinggi serta pelaburan mampan dalam sektor pelancongan negara.
Timbalan Menterinya,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara langkah utama yang diambil adalah melalui kerjasama erat dengan agensi pelancongan luar negara menerusi pejabat Tourism Malaysia di luar negara.
"Usaha ini dilaksanakan melalui pelaksanaan kempen promosi bersasar menggunakan platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook,Instagram,TikTok dan YouTube,yang mampu memberi capaian meluas serta berimpak tinggi.
"Selain itu,MOTAC turut menyertai pameran pelancongan antarabangsa berprestij seperti World Travel Market (WTM) di London,ITB Berlin,Arabian Travel Market dan ASEAN Tourism Forum,bagi memperluas rangkaian industri dan mempromosi destinasi Malaysia kepada pasaran global.
"Turut diberi tumpuan ialah kempen kolaboratif bersama rakan strategik seperti syarikat penerbangan,agensi pelancongan dalam talian dan pengendali pelancongan bagi menyediakan pakej menarik dan bersepadu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Masjid Tanah,Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi jawab lisan di Dewab Rakyat,di sini hari ini.
Terdahulu,Mas Ermieyati mengemukakan soalan berhubung rancangan MOTAC dalam memperhebat promosi TMM 2026 di media antarabangsa.
Timbalan Menteri MOTAC,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur