2025-07-30 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 Julai – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan bangunan tambahan secara kabin di sekolah padat di seluruh negara,menerusi pendekatan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang lebih cekap dan efisien.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh,berkata inisiatif itu merupakan langkah jangka pendek yang berkesan bagi mengatasi kekurangan ruang di kawasan bandar berpenduduk tinggi.
“Dengan pembinaan bangunan tambahan secara kabin sememangnya ini merupakan salah satu pendekatan yang amat efisien dan juga amat efektif dalam menyelesaikan isu-isu sekolah padat di kawasan-kawasan yang berpendudukan tinggi.
Tambahnya,tanggapan umum bahawa kabin adalah setara dengan kontena adalah kurang tepat kerana teknologi yang digunakan jauh lebih maju dan selamat untuk pelajar.
“Projek berkaitan pembinaan kabin adalah secara industrial building system (IBS),kabin ini selalunya orang ingat dia macam kontena dan sebagainya. Sememangnya tidak. Teknologinya adalah secara industrial building system,IBS",katanya.
Antara sekolah yang telah dikenal pasti di negeri Perak termasuk Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Seri Kamarudin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki,masing-masing menerima peruntukan antara RM690,000 hingga RM1.38 juta bagi pembinaan bilik darjah tambahan.
Wong menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ipoh Timur,Lee Chuan How dalam Dewan Rakyat hari ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur