2025-07-30 HaiPress

Datuuk Seri Dr Ahmad Zahid pada Majlis Konvokesyen KYF ke-26 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.
KUALA LUMPUR,30 Julai - Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara memperuntukkan RM1 juta kepada Kolej Yayasan Felda (KYF).
Peruntukan bagi melaksanakan program pendidikan berkembar TVET bersama Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),dua institusi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,inisiatif itu akan memperkukuh kerjasama strategik antara KYF dan institusi TVET nasional.
“Sekiranya persetujuan dicapai dalam masa terdekat,saya menawarkan dana RM1 juta melalui Majlis TVET kepada KYF bagi menjayakan kolaborasi ini.
"Ia akan dilaksana melalui Pengerusi FELDA,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen KYF ke-26 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.
Seramai 534 graduan menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang,termasuk penyediaan makanan,pengurusan pentadbiran,pastri,pakaian wanita,pembantu kecemasan dan teknikal dialisis.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata,KYF telah melahirkan lebih 31,000 alumni sejak penubuhannya dan menjadi salah satu penyumbang penting tenaga kerja mahir di negara ini.
"Saya mencadangkan satu laluan khas diwujudkan untuk menggalakkan alumni KYF menyumbang semula sebagai tenaga pengajar,mentor industri,atau pembimbing keusahawanan dalam kerangka kerjasama bersama KKDW dan MARA," katanya.
Beliau turut menyarankan agar KYF memperluas program TVET berimpak tinggi dalam bidang seperti teknologi makanan,pertanian pintar,kraftangan,ekonomi digital dan keusahawanan sosial desa,sejajar keperluan masa depan industri luar bandar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur