2025-07-30 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,29 Julai - Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) Malaysia mencatatkan nilai RM352.3 bilion pada harga malar bagi tahun 2024 berbanding RM314.5 bilion pada tahun 2023.
Peningkatan itu didorong oleh aliran masuk pelaburan asing (FDI) yang kukuh serta pertumbuhan berterusan dalam pelaburan domestik.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin,PMTK kekal sebagai komponen kedua terbesar kepada KDNK merangkumi 21.3 peratus daripada keseluruhan ekonomi.
''PMTK mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12 peratus pada tahun 2024,berbanding 5.4 peratus pada tahun 2023.
''Kesemua sektor menunjukkan pembentukan modal lebih kukuh pada tahun 2024,terutamanya bagi sektor
Perkhidmatan dan Pembuatan,'' jelas beliau dalam satu kenyataan,hari ini.
Berdasarkan jenis aset,struktur kekal sebagai komponen terbesar yang menyumbang 51.5 peratus daripada keseluruhan PMTK,melonjak sebanyak 15.3 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
"Mengikut sektor,sektor swasta terus menjadi peneraju utama dengan sumbangan sebanyak 77.4 peratus,meningkat sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu,pelaburan sektor awam turut mencatatkan trend peningkatan yang sama,dengan pertumbuhan 11.1 peratus berbanding 8.5 peratus pada tahun 2023,'' tambahnya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur