2025-07-30 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,29 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM18.68 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM28.28 bilion.
Pada hari ini,BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari.
Bank pusat itu akan turut menjalankan satu tender repo berbalik semalaman berjumlah RM3.0 bilion untuk satu hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM25.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM28.3 bilion.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur