2025-07-30 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,29 Julai - Malaysia perlu berusaha untuk melahirkan lebih banyak syarikat berasaskan teknologi yang mampu berkembang menjadi syarikat multinasional (MNC) berpangkalan di rantau ASEAN dan seterusnya beroperasi di peringkat global.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata,buat masa ini usaha ke arah itu masih belum mencukupi.
“Kita perlu melihat lebih banyak syarikat Malaysia dengan teknologi berkembang untuk menjadi MNC ASEAN dan akhirnya mewujudkan operasi global. Dalam 20 tahun akan datang,ASEAN sepatutnya mempunyai mini-Samsung atau mini-Huawei atau mini-TSMC," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab SIDC-CASI 2025 di sini,hari ini.
Menurutnya,Malaysia dan negara anggota ASEAN juga perlu memperkukuh pasaran serantau kerana dunia kini berdepan pelbagai cabaran baharu yang memerlukan pendekatan ekonomi lebih menyeluruh.
"Kita tidak boleh hanya bergantung kepada Amerika Syarikat sebagai pengguna utama dan kita juga tidak boleh sekadar mempelbagaikan pasaran jika negara lain tidak cukup kaya untuk membeli hasil kita.
"Untuk memastikan hasil kita boleh dimanfaatkan,kita perlu wujudkan pengguna. Jika tiada,kita perlu cipta mereka dengan menjadikan rakyat kita lebih kaya dan membentuk masyarakat kelas pertengahan. Harapannya,ASEAN juga akan menjadi semakin makmur," katanya.
Persidangan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab SIDC–CASI 2025 itu menghimpunkan lebih 300 delegasi tempatan dan antarabangsa yang bertemakan "Membentuk Masa Depan Perniagaan ASEAN Dalam Kelestarian".
Antara sorotan utama acara itu ialah pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menerusi anak syarikatnya,SIDC,dan Capacity-building Alliance of Sustainable Investment (CASI).
Ia sebagai permulaan kerjasama jangka panjang dalam memajukan pendidikan dan pembangunan bakat dalam bidang kewangan mampan di ASEAN serta negara membangun lain.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur