2025-07-30 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Julai - Pasaran buruh Malaysia menunjukkan daya tahan dan terus berkembang dengan bilangan tenaga buruh terus meningkat serta kadar pengangguran susut kepada 3.0 peratus setakat Mei 2025.
Namun hakikatnya,negara masih berdepan isu struktural dalam pasaran buruh,khususnya ketidakpadanan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Menurut Penganalisis ekonomi Putra Business School,Prof. Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff,ramai rakyat yang memiliki kelayakan mencukupi,namun terpaksa bekerja dalam sektor tidak setara dengan kemahiran.
Lebih serius,negara juga mempunyai kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja asing berkemahiran rendah.
"Isunya bagaimana kita dapat mengurangkan pekerja asing ini?. Tidak semestinya menggantikan mereka dengan rakyat tempatan yang sama tahap kemahiran,sebaliknya kita perlu bergerak ke arah automasi dan pendigitalan.
''Ini membolehkan rakyat Malaysia mengendalikan mesin dan sistem moden,sekali gus menerima gaji lebih kompetitif,'' katanya ketika dihubungi RTM.
Keupayaan dan keinginan majikan untuk melabur dalam naik taraf operasi ke arah automasi,memerlukan modal tinggi antara halangan yang dikenal pasti.
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dilihat sebagai peluang penting untuk memperkukuh pelaksanaan dasar ke arah penggunaan teknologi dalam sektor pekerjaan.
''Apabila pelaburan masuk kita kena pastikan ia melibatkan pengambilan pekerja berkemahiran tinggi.
''Kita juga perlu pastikan bahawa perniagaan dan industri sudah bersedia untuk menaik taraf operasi dengan melibatkan rakyat tempatan yang berkemahiran untuk menggantikan tenaga asing,'' jelasnya.
Apabila kerajaan memberi fokus kepada automasi dan pendigitalan ia menjadikan operasi lebih cekap.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur