2025-07-30 IDOPRESS

Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin
KUALA LUMPUR,30 Julai - Penyertaan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam Mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta semalam,membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengetepikan pandangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit melibatkan hubungan dua hala.
Timbalan Menteri Luar,Datuk Mohamad Alamin berkata,penglibatan kedua-dua pemimpin tertinggi Borneo itu mencerminkan Kerajaan Persekutuan komited memastikan suara pihak berkepentingan diberi perhatian sewajarnya dalam sebarang rundingan bersama negara jiran,khususnya Indonesia.
Beliau menegaskan penyertaan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah adalah amalan biasa selaras dengan pendekatan 'whole of government' yang sentiasa diamalkan Kerajaan Persekutuan.
"Benar,dibangkitkan (isu Laut Sulawesi) secara umum dan kedua-dua pemimpin bersetuju kedua-dua negara menyelesaikan menerusi mekanisme sedia ada demi mencari penyelesaian terbaik berlandaskan undang-undang antarabangsa.
"Selain itu menjaga kedaulatan serta kepentingan kedua-dua negara. Pelbagai agensi diminta hadir dan dilibatkan dalam perjumpaan setiap rundingan serta mesyuarat antara Indonesia dan Malaysia.
"Maknanya,pihak berkepentingan dan agensi negeri sentiasa dilibatkan. Ini menunjukkan Kerajaan Pusat sentiasa serius mendapatkan pandangan dan nasihat kerajaan negeri demi kepentingan apa-apa rundingan membabitkan Sabah dan Indonesia," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung penyertaan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam perbincangan Laut Sulawesi,pada sesi lisan di sini,hari ini.
Mohamad berkata,rundingan turut membabitkan perihal hal ehwal maritim,perkara membabitkan kepentingan Indonesia yang ada di Sabah dan persempadanan darat.
"Terutama mengenai akses pendidikan,'Community Leading Centre' (CLC) yang banyak di Sabah,itu perlu dibantu. Rundingan turut membincangkan soal perdagangan di sempadan,'water trade' antara Sabah dan Indonesia,termasuk di Kalimantan," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur