2025-07-30 IDOPRESS

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 Julai - Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara bermula 1 pagi hingga 11 pagi,Ahad ini (3 Ogos) bagi memberi laluan kepada IJM Duo Highway Challenge Run 2025.
Bagi NPE,penutupan itu melibatkan dari kilometer (KM) 1.8 di Bulatan Kewajipan (Subang Jaya) ke KM 11 ke arah Bangsar serta dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam di kedua-dua arah.
Di Besraya pula di laluan persimpangan bertingkat Kuchai Lama hingga ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi kedua-dua arah.
Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan Wan Salwani Wan Yusoff berkata pengguna diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesulitan sepanjang penutupan itu dengan butiran berkaitan laluan alternatif boleh diperoleh melalui platform media sosial NPE dan Besraya.
Beliau berkata penutupan bagi acara tahunan itu mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang acara. Pasukan pengurusan trafik serta petugas teknikal juga akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan pelaksanaan acara berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.
Peserta,penyokong serta penonton juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tiba lebih awal pada hari acara larian berkenaan.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur