2025-07-30 IDOPRESS

Pemangku Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ketua Polis Selangor yang baharu Datuk Shazeli Kahar (kanan) sambil disaksikan oleh Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman CP Gilberd Philip Layang (tengah) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Dewan D'Cerana,Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini / BERNAMA
SHAH ALAM,30 Julai - Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur Datuk Shazeli Kahar dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih tugas Datuk Hussein Omar Khan yang sebelum ini menggalas jawatan berkenaan sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 21 Julai lalu.
Sebelum ini,jawatan itu dipangku Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Zaini Abu Hassan.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Ia disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman Komisioner Polis Gilberd Philip Layang.
Dalam ucapannya,Datuk Shazeli menzahirkan komitmennya untuk terus memperkukuh integriti kepimpinan serta menjamin keselamatan rakyat.
“Saya menyedari betapa pentingnya harapan masyarakat dan warga PDRM terhadap kepimpinan yang berintegriti,berwibawa dan dekat di hati.
"Justeru,saya bertekad untuk meneruskan legasi kecemerlangan yang telah dibina serta memacu perubahan demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negeri Selangor sentiasa terpelihara" jelas beliau.
Shazeli,50,yang telah berkhidmat hampir 25 tahun,pernah memegang jawatan dalam Cawangan Khas dengan penglibatan dalam menangani ekstremis sosial dan pelampau agama,selain pernah diberi tanggungjawab mengetuai Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur