2025-07-30 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,28 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada antara 4.0 peratus hingga 4.8 peratus,berbanding 4.5 peratus hingga 5.5 peratus sebelum ini.
Menurut BNM,unjuran itu mengambil kira pelbagai senario tarif,termasuk kemungkinan berlakunya peningkatan tarif secara berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih positif.
''Unjuran ini juga bergantung kepada ketidakpastian dalam ekonomi global,iaitu sama ada daripada sudut risiko penurunan mahupun potensi peningkatan.
''Ia juga tertakluk kepada hasil rundingan perdagangan yang menggalakkan,dasar propertumbuhan di negara-negara maju,permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik,serta aktiviti pelancongan yang boleh meningkatkan prospek eksport dan pertumbuhan Malaysia,'' menurut kenyataan itu hari ini.
Gabenor BNM,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menerusi kenyataan sama berkata ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun berdepan ketidaktentuan global,disokong oleh pelaksanaan reformasi struktur yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu.
“Kekuatan berterusan dalam aktiviti ekonomi serta kadar inflasi yang sederhana mewujudkan persekitaran yang menyokong pelaksanaan reformasi struktur bagi membina Malaysia yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan pada masa hadapan,” katanya.
Menurut BNM,inflasi keseluruhan diunjurkan kekal sederhana dengan purata 1.5 peratus hingga 2.3 peratus pada 2025.
Tekanan inflasi daripada harga komoditi global dijangka kekal terhad dan menyumbang kepada keadaan kos dalam negeri yang sederhana.
Dalam persekitaran itu,kesan langkah-langkah dasar dalam negeri dijangka kekal terkawal.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur