2025-07-30 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Julai -Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF),penurunan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penjualan aset luar negara yang bertujuan mendukung nilai ringgit dan pelaburan lebih besar dalam pasaran ekuiti domestik.
“Keadaan ini berpunca daripada ketegangan perdagangan global yang semakin meningkat dan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu.
“Walaupun beberapa bank pusat telah mula melonggarkan dasar monetari,kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik global,ketidakseimbangan fiskal dan konflik serantau terus melemahkan sentimen pasaran dan menjejaskan keyakinan pelabur,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ia menjawab soalan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Bebas-Tanjong Karang) berhubung faktor utama yang menyumbang kepada penurunan pendapatan seperti yang dinyatakan dalam laporan KWSP dan sama ada ia berkait dengan penjualan aset luar negara KWSP.
Menurut MOF,kesan daripada keadaan semasa dapat dilihat pada pulangan KWSP daripada pelaburan ekuiti yang merosot dua peratus kepada RM10.81 bilion pada suku pertama 2025 berbanding RM14.02 bilion pada suku pertama 2024.
“Untuk makluman,ekuiti merupakan penyumbang utama kepada pendapatan pelaburan KWSP,mewakili 59 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan pada suku pertama 2025.
“Namun demikian,KWSP akan terus mengamalkan pendekatan pelaburan yang berdisiplin dan berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) untuk memastikan prestasi pelaburan yang mampan dapat dikekalkan,” katanya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur