2025-07-30 IDOPRESS

Bicara Naratif bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi,Datuk Nor Azmie Diron (tengah) dan Pengarah Eksekutif Institut Dasar Awam dan Pengurusan (INPUMA),Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff (kanan)
KUALA LUMPUR,29 Julai – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bakal menjadi tonggak baharu strategi pembangunan negara dengan memberi tumpuan kepada pendekatan ekonomi berteraskan penciptaan nilai,selari dengan trend utama global dan realiti semasa dalam negara.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi,Datuk Nor Azmie Diron,perubahan landskap ekonomi dan sosial masa kini menuntut perancangan yang lebih berani disokong pandangan jauh serta tidak terikat kepada model lama.
"Rancangan Malaysia Ke-13 perlu disesuaikan dengan situasi semasa termasuk trend antarabangsa,trend utama global dan realiti dalam negara.
"Dalam usaha melonjakkan pertumbuhan ekonomi,pendekatan yang digunakan perlu berasaskan kepada penciptaan nilai dan tidak lagi bergantung semata-mata kepada model pengeluaran tradisional," katanya dalam temu bual program Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media di sini.
Sementara itu,Pengarah Eksekutif Institut Dasar Awam dan Pengurusan (INPUMA),Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff berkata,kekuatan perancangan ekonomi mesti diseimbangkan dengan kefahaman terhadap kesan sosial,khususnya dalam konteks cabaran generasi masa kini.
"Satu institut penyelidikan sosial yang kukuh perlu diwujudkan bagi menyokong perancangan ekonomi yang dirangka Kementerian Ekonomi,termasuk menerusi bahagian sosial yang sedia ada.
"Hal ini penting bagi memastikan perolehan data yang tepat dan terkini untuk memahami perubahan impak sosial terhadap masalah rakyat. Dalam konteks semasa,generasi digital native dijangka memberi kesan sosial yang besar dan perlu diberi perhatian khusus," jelasnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur