2025-07-30 IDOPRESS

Operasi jet Firefly berpindah ke KLIA Mulai 19 Ogos 2025 / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Julai – Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan operasi pesawat jet syarikat penerbangannya,Firefly akan dipindahkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB),Subang ke Terminal 1,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),berkuat kuasa 19 Ogos 2025.
Bagaimanapun,perkhidmatan pesawat turboprop Firefly akan terus kekal beroperasi di SZB bagi memastikan ketersambungan berterusan ke destinasi serantau utama.
Dalam satu kenyataan,MAG memaklumkan langkah strategik itu merupakan sebahagian daripada pelan pengoptimuman rangkaian jangka panjang syarikat bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan kelangsungan perkhidmatan jet Firefly.
“Pemindahan ke KLIA membolehkan operasi jet berkembang pada skala yang lebih besar dan mencerminkan hasrat MAG untuk memperkukuh kesalinghubungan rangkaian merentasi seluruh operasi kumpulan,” jelas kenyataan itu.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG,Datuk Kapten Izham Ismail berkata langkah tersebut akan meningkatkan kecekapan operasi Firefly serta memperkukuh ketersambungan penumpang dengan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan sedia ada dalam kumpulan MAG,termasuk kejuruteraan,pengendalian darat dan katering.
“Penerbangan jet pertama di KLIA akan melibatkan laluan ke Tawau,diikuti pelancaran berperingkat ke destinasi domestik dan serantau utama,” katanya.
MAG turut memberi jaminan bahawa penumpang yang terjejas akibat perubahan ini akan dihubungi secara langsung dan diberikan pilihan sama ada membuat pengaturan perjalanan alternatif atau menerima bayaran balik penuh.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur