2025-07-30 IDOPRESS

Foto hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 Julai - Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT),menurut Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Bagaimanapun,prinsip bagi pengenaan HVGT telah diterapkan dalam kajian semula cukai jualan apabila barang mewah dan pilihan dikenakan cukai pada kadar lima peratus atau 10 peratus.
Ia bagi menjawab pertanyaaan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan unjuran penambahan pendapatan negara hasil daripada pelaksanaan reformasi fiskal.
Ini termasuk pengenalan cukai barang bernilai tinggi (HVG),cukai barangan digital (DGT),cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barang bernilai rendah (LVG) serta peluasan cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta rasionalisasi subsidi yang sedang dan bakal dilaksanakan.
Tambah MoF,kerajaan telah mengambil beberapa langkah di bawah cukai langsung dan cukai tidak langsung untuk mengukuhkan kutipan hasil negara.
''Antaranya ialah Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang telah bermula secara efektif pada 1 Mac,2024.
“Berdasarkan jumlah dan nilai urus niaga semasa bagi saham tidak tersenarai,kerajaan menganggarkan kutipan hasil adalah sekitar RM800 juta setahun,” katanya.
Pelaksanaan cukai barang bernilai rendah (LVG) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 mencatatkan kutipan cukai sekitar RM500 juta bagi tahun 2024.
Semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai lalu dijangkakan memberi pertambahan hasil sebanyak RM5 bilion bagi tahun 2025 dan berganda kepada RM10 bilion bagi tahun 2026.
Dalam pada itu,penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan dana kerajaan sehingga RM600 juta sebulan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur