2025-07-31 HaiPress

Lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik kerajaan akan dilaksana dalam RMK13
KUALA LUMPUR,31 Julai - Perkhidmatan kesihatan juga tidak ketinggalan daripada senarai keutamaan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat,hari ini.
Beliau memaklumkan,sistem kesihatan awam negara pada ketika ini kian terbeban dengan isu seperti inflasi perubatan,peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi.
"Reformasi kesihatan adalah ikhtiar penting kerajaan untuk memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan akses penjagaan kesihatan yang lebih meluas dan terangkum serta memberi pilihan perkhidmatan kesihatan kepada pengguna di samping terus memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu bayar.
"Bagi meningkatkan keterjaminan bekalan perubatan,pembuatan ubat domestik akan digalakkan dan penggunaan ubat generik oleh sektor awam dan swasta akan ditingkatkan," katanya.
Sementara itu,Perdana Menteri berkata,dalam usaha menangani risiko kesihatan cukai prokesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau,vape dan alkohol.
Tegasnya,ini bukan sekadar untuk hasil tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan NCD yang kian membimbangkan.
Datuk Seri Anwar berkata,sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh RMK13,ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.
"Dalam hubungan ini,lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik Kerajaan,termasuk yang daif akan dilaksanakan. Antaranya Hospital Tuanku Ja’afar 2,Seremban,Negeri Sembilan; Hospital Sultanah Aminah 2,Johor Bahru,Johor; Pusat Kanser Wilayah Utara,Sungai Petani,Kedah; Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II,Kota Kinabalu,Sabah; dan Pusat Kanser Sarawak," katanya.
Perdana Menteri berkata,rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan juga akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.
Menurutnya,ikhtiar ini merangkumi latihan praperkhidmatan,pelesenan dan pendaftaran,pengambilan,penempatan serta pembangunan kerjaya bagi memastikan pengekalan bakat dalam sektor kesihatan.
Beliau berkata,pengurusan rekod kesihatan turut akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan.
"Usaha ini akan memantapkan keupayaan saling kebolehkendalian merentas fasiliti kesihatan.
"Ini akan menyumbang kepada penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan rakyat," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur