2025-07-31 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,31 Julai - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Khamis,menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan pada tengah hari ini,kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2370/2570 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2455 pada Rabu.
RMK13 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Beliau berkata RMK13 telah meningkatkan jangkaan terhadap perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi,yang boleh menyokong pertumbuhan ekonomi lebih kukuh.
“Peruntukan RMK13 dijangka memacu pertumbuhan permintaan domestik,terutamanya dalam sektor berkaitan pembinaan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus mencatatkan peningkatan kepada 99.82 mata selepas ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dana Fed pada 4.25 - 4.50 peratus.
Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menurunkan penilaian terhadap ekonominya berdasarkan aktiviti ekonomi yang sederhana pada separuh pertama 2025.
“Ini sejajar dengan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.0 peratus pada suku kedua 2025 yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh penurunan import sebanyak 30 peratus.
“Ini telah membawa kepada sumbangan eksport bersih yang ketara kepada pertumbuhan keseluruhan. Keputusan untuk mengekalkan kadar stabil tidak dibuat secara sebulat suara apabila dua ahli Fed mengundi untuk pengurangan kadar dasar sebanyak suku mata,” katanya.
Buat masa ini,Mohd Afzanizam berkata ini merupakan berita positif untuk dolar berikutan perbezaan kadar faedah yang ketara akan memberi kelebihan kepada dolar AS.
Sehubungan itu,katanya ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.24 hingga RM4.25 hari ini.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8394/8530 daripada 2.8646/8678 semalam,naik berbanding pound kepada 5.6161/6427 daripada 5.6745/6805 dan menokok berbanding euro kepada 4.8420/8649 daripada 4.8996/9048 sebelum ini.
Ringgit turut tinggi berbanding mata wang serantau tetapi mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.40 daripada 7.36/7.38.
Mata wang tempatan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.2/259.6 daripada 258.5/258.9 semalam,meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2695/2852 daripada 3.2919/2957 dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9433/13.0136 daripada 13.0528/0719 sebelum ini. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur