2025-07-31 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,31 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM18.71 bilion dalam pasaran konvensional dan RM26.34 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM3.9 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 29 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari.
Bank pusat turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM480 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.0 bilion untuk satu hari.
Sementara itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.1 bilion dan RM26.8 bilion dalam tender semalaman murabahah. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur