2025-07-31 IDOPRESS

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh inisiatif negeri yang selari dengan aspirasi nasional dan memberi ruang yang kondusif untuk pelaksanaannya di bawah payung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Jelas Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,MITI sentiasa mengiktiraf dan menyokong inisiatif pembangunan bakat yang dilaksana semua kerajaan negeri sebagai pelengkap kepada agenda nasional dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara.
"Antara contoh terbaik ialah usaha yang diterajui oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor,melalui penubuhan Akademi Semikonduktor Termaju Malaysia dan juga pelaksanaan program pertukaran semikonduktor global.
"Inisiatif seperti ini akan diselaraskan serta diintegrasikan secara strategik ke dalam kerangka pembangunan bakat ini di bawah pelan NSS,khususnya dalam teras pembangunan modal insan yang menjadi tunjang kepada pertumbuhan industri semikonduktor",katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak,Datuk Seri Amirudin Shari yang meminta menteri menjelaskan langkah yang diambil oleh kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri dalam mencapai sasaran untuk mendapatkan atau melatih keupayaan hingga 60,000 jurutera di bawah NSS.
Tengku Datuk Seri Zafrul turut menyeru kerajaan negeri Selangor untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan berkenaan program pembangunan bakat sedia ada di peringkat nasional.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur