2025-07-31 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar Ibrahim /Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pelaburan berjumlah RM611 bilion perlu disediakan bagi menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Daripada jumlah itu,peruntukan pembangunan oleh kerajaan dianggarkan sebanyak RM430 bilion,manakala pembiayaan oleh GLC dan GLIC berjumlah RM120 bilion.
Pelaburan berkenaan bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan langsung domestik dalam sektor-sektor strategik.
"Sokongan pihak swasta pula,melalui kaedah perkongsian awam swasta (PPP) adalah sebanyak RM61 bilion.
"Daripada peruntukan RM430 bilion tersebut,lebih daripada separuh iaitu sebanyak RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.
"Sektor sosial turut diberi keutamaan,RM133 bilion diperuntukkan dengan sektor pendidikan menerima RM67 bilion,manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM40 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pembentangan RMK13 di sini hari ini.
Selain itu,sektor keselamatan pula akan diperuntukkan RM51 bilion,manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion.
Tambah Datuk Seri Anwar,agihan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi.
"Dengan berjaya kebijakan ikhtiar ini menjelang 2030,insya-ALLAH kita bukan sekadar memiliki pencapaian yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi,malah melahirkan rakyat yang berjiwa besar,hidup bersatu padu,saling menghormati serta memiliki jati diri yang utuh. Inilah impian kita Malaysia MADANI," katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur