2025-07-31 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Julai - Kerajaan memperkenalkan dasar mesra pelabur bagi menggalakkan penubuhan ibu pejabat serantau dan kemasukan bakat global.
Perdana Menteri berkata,negara juga mensasarkan pelaburan daripada individu berpendapatan tinggi (high net worth individuals) seiring inisiatif kelima Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) ke arah memperhebatkan penglibatan dan peranan Malaysia di persada ekonomi dunia.
"Pada masa yang sama,kerjasama ekonomi serantau akan terus diperkukuh melalui IMT-GT dan BIMP-EAGA dengan penglibatan aktif sektor swasta dan pembangunan zon pertumbuhan ekonomi rentas sempadan.
"Malaysia juga mengorak langkah ke hadapan dengan memperluas pasaran eksport dan pelaburan ke rantau baharu termasuk Eropah,pasaran BRICS,benua Afrika dan negara anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam)," katanya ketika membentangkan RMK13,di Parlimen.
Dalam masa sama,strategi pengantarabangsaan industri francais tempatan ke pasaran serantau dan global turut perkukuh.
"Antara tumpuan utama ialah pengukuhan kerjasama perdagangan menerusi kesalinghubungan sistem pembayaran rentas sempadan serta peningkatan koordinasi antara agensi kastam serantau bagi mempercepat urusan logistik dan pergerakan barangan.
"Pendekatan holistik ini diyakini mampu memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau yang berdaya saing dalam perdagangan,pelaburan dan pengembangan bakat," katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur