2025-07-31 IDOPRESS

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.2 peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2024,meskipun berdepan ketidaktentuan dan cabaran ekonomi global / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,31 Julai – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.2 peratus setahun bagi tempoh 2021 hingga 2024,meskipun berdepan ketidaktentuan dan cabaran ekonomi global.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan itu didorong kekuatan dalam sektor perkhidmatan,pembuatan dan pembinaan,serta perbelanjaan sektor swasta yang mencatatkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus setahun dari segi permintaan domestik.
"Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak RM1.29 trilion,meningkat pada kadar 23.1% setahun. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam sejarah,iaitu RM384 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen,hari ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen / Foto BernamaSultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur