2025-07-31 IDOPRESS

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,31 Julai – Sehingga 7 Julai lalu,sejumlah RM40,769,025.54 atau 81.5 peratus daripada keseluruhan peruntukan telah disalurkan kepada 336 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata baki peruntukan berjumlah RM9.23 juta pula dijangka akan diselesaikan selewat-lewatnya pada penghujung Ogos 2025.
“Peruntukan ini akan disalurkan kepada mana-mana organisasi RIBI yang layak bagi menampung kerja-kerja pembaikan,pengubahsuaian,penyelenggaraan dan kecemasan,tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan dalam Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI Seluruh Negara,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segamat,Yuneswaran Ramaraj berkenaan status peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam di bawah kementeriannya.
Tambah Nga,sepanjang tahun lalu sahaja,sebanyak 430 RIBI telah diluluskan untuk menerima peruntukan berjumlah RM48,949,074.53,sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menjamin kesejahteraan semua komuniti beragama di Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur