2025-07-31 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,31 Julai - Bagi memastikan perkhidmatan telus,tangkas dan tuntas,penambahbaikan tatakelola akan ditumpukan kepada tiga aspek.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga aspek tersebut adalah menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan,menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.
"Kelewatan menoktahkan ketidakadilan,kelalaian dalam menangani beban rakyat dan keengganan untuk berubah dan melakukan anjakan,kesemuanya adalah bentuk kelompongan moral yang bahaya",katanya semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen.
"Justeru itu,Kerajaan MADANI komited untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen,pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran.
Beliau berkata pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia yang membelenggu rakyat dan komuniti perniagaan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur