2025-07-31 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai - MyDigital ID akan diperkenal sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih,menerusi usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ia bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian.
"Gerbang tunggal sektor awam juga akan dibangunkan sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat.
"Melalui GovTech juga,sistem kehakiman negara termasuk Mahkamah Syariah akan ditambah baik. Penambahbaikan sistem e‑ Syariah dan perekodan prosiding misalnya,akan mempermudah dan mempercepat urusan orang awam,pegawai mahkamah termasuk peguam syarie. Manakala Kerajaan juga sedang melaksanakan projek pembangunan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia",katanya ketika pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar berkata penjawat awam akan diberi latihan intensif dalam bidang digital dan AI bagi memperkasa bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya.
Selain itu,Program MADANI Rakyat diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat.
Datuk Seri Anwar berkata sesi libat urus yang dimulakan sejak awal tahun 2024,melibatkan semua kerajaan Negeri,termasuk yang berbeza haluan politik,akan diteruskan.
"Melalui sesi ini,kita lebih memahami keutamaan pembangunan di setiap negeri. Hasilnya,beberapa projek berorientasi rakyat telah dikenal pasti iaitu projek peningkatan kemudahan Negeri Sembilan Miniature Culture Village,pembinaan Loji Rawatan Air Machang di Kelantan,projek penyelesaian isu bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan,
"... Pembangunan klinik kesihatan Pulau Perhentian di Terengganu,pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim di Kedah dan pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri turut memaklumkn Inisiatif Kemudahan Rakyat pula akan diteruskan untuk membolehkan rakyat memohon terus peruntukan bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan mereka.
Tambahnya,Reformasi fiskal akan diteruskan demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat yang paling memerlukan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur