2025-08-01 HaiPress

FOTO HIASAN
PUTRAJAYA,31 Julai – Kementerian Luar Negeri (KLN) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Dalam kenyataannya,KLN menyatakan sokongan penuh terhadap RMK13 yang dianggap sebagai pelan induk pembangunan negara berteraskan Kerangka Ekonomi MADANI.
"KLN melihat RMK13 sebagai wadah penting dalam memperkukuh daya saing negara serta menzahirkan iltizam kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kemampanan pembangunan negara secara mampan dan inklusif," menurut kenyataan tersebut.
Jelas KLN,pihaknya turut bertekad untuk memperkukuh usaha diplomasi bagi membentuk negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.
Ini selaras dengan asas ketiga RMK13 yang menekankan pemerkasaan identiti dan kedudukan Malaysia di mata dunia.
Sementara itu,KLN turut komited mempertingkatkan kerjasama antarabangsa melalui diplomasi yang lebih berkesan.
"Pendekatan ini bukan sahaja mampu memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global,malah berperanan
penting dalam merangsang pertumbuhan jangka panjang dan menambah hasil negara melalui hubungan yang konstruktif dan bernilai tinggi dengan negara-negara luar," jelas KLN.
KLN juga memberi jaminan untuk melaksanakan semua strategi yang digariskan dalam RMK13 dalam tempoh lima tahun mendatang,termasuk memperhebatkan usaha membina keyakinan masyarakat antarabangsa agar Malaysia terus dikenali sebagai pemain utama dalam ekonomi global.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur