2025-08-01 HaiPress

Pengerusi FELDA,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek/foto Bernama
KUALA LUMPUR,31 Julai – Tiada keperluan untuk menaikkan harga gula buat masa ini selagi kerajaan meneruskan pemberian insentif kepada syarikat pengeluar utama negara,MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM).
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA),Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,bantuan itu masih diteruskan dan tempoh pelaksanaannya bergantung kepada pertimbangan kerajaan dari semasa ke semasa.
“Bantuan kerajaan ini bukan sahaja menggembirakan rakyat,malah turut memberi kelegaan kepada para peneroka yang merupakan pemegang saham dalam syarikat pengeluar gula,” katanya selepas merasmikan Festival FGV 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC),hari ini.
Beliau berkata,pernah berlaku sebelum ini di mana setiap satu kilogram gula yang dijual kepada pengguna disubsidi sebanyak RM1 oleh peneroka,sekali gus menjejaskan jumlah dividen yang diterima mereka.
“MSM,iaitu syarikat pengeluar gula terbesar negara yang dimiliki oleh FGV dan Koperasi Permodalan FELDA Berhad (KPF),pernah mengalami kerugian susulan kenaikan harga gula mentah dunia berbanding harga jualan tempatan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur