2025-08-01 HaiPress

11 pengilang telah memulakan operasi di seluruh negara / Foto BERNAMA
SEBERANG JAYA,31 Julai - Pembukaan kilang baharu hasil pelaburan syarikat asing dan tempatan di Pulau Pinang mencipta ribuan peluang pekerjaan dan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat khususnya peniaga dan kontraktor.
"Pertambahan penduduk di kawasan sekitar ini memberi peluang perniagaan untuk kami,pelanggan bertambah dan secara tidak langsung boleh menawarkan banyak peluang peniagaan",kata seorang peniaga,Shamsul Munir Safini
"Customer dari kilang memang bertambah,ada juga tempah makanan di kilang,bersyukur pelaburan masuk ke Pulau Pinang,kami peniaga amat bersyukur sebab kami tidak cukup tangan untuk layan customer",kata seorang lagi peniaga,Johan Abu Bakar.
" Boleh dapat peluang untuk kontraktor kecil seperti saya ini boleh la buat kerja",kata Kamarudin Ibrahim,seorang kontraktor elektrik.
Sebelum ini,RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan diluluskan di bawah pimpinan kerajaan Madani.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan di media sosial.
Jumlah itu melibatkan 11 pengilang yang telah memulakan operasi di seluruh negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur