2025-08-01 HaiPress

Datuk Ngwe Hee Sem dtemui pemberita selepas menyertai operasi di Ayer Molek
AYER MOLEK,31 Julai – Enam kesalahan dikesan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Akta Standard Minimum Perumahan,Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di sebuah penginapan pekerja tapak pembinaan di Melaka.
Exco Sumber Manusia Negeri,Datuk Ngwe Hee Sem berkata,premis di kawasan Melaka Tengah itu menggajikan 57 pekerja tempatan dan 190 pekerja asing.
Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah kegagalan menyediakan kemudahan penginapan minimum,tanda dan ruang dapur yang kotor,kedai makan serta kedai runcit yang beroperasi tanpa lesen,selain pelbagai isu kebersihan di kawasan penginapan pekerja.
“Hasil serbuan mendapati majikan menyediakan empat blok rumah kontena dua tingkat jenis kabin serta penginapan yang sangat daif,hanya dibuat daripada papan lapis dan kayu,tanpa sebarang perakuan penginapan di bawah Seksyen 24 Akta 446. Majikan pernah memohon perakuan itu tetapi ditolak kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi berkenaan di Ayer Molek.
Sementara itu,sejak Akta 446 dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020,majikan di negeri ini telah menjelaskan kompaun berjumlah RM513,100.
Surcaj feri penumpang, RORO berkuatkuasa 20 April
Selangor perkukuh sektor agromakanan, ringan beban industri
Lelaki didakwa bunuh bayi sembilan bulan
KPT sedia tempatkan pelajar terjejas di IPT tempatan
Wira tanpa lensa: Armizan puji dedikasi penguat kuasa KPDN
Bakal jemaah haji warga SPRM diingat tekankan nilai kesabaran, integriti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur