2025-08-01 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,31 Julai - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyatakan kesediaan melaksanakan langkah penting di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal mewajibkan pendidikan prasekolah bermula seawal usia lima tahun.
Dalam kenyataan hari ini,KEMAS memaklumkan langkah itu selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,yang mahu jabatan itu memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak.
“KEMAS menyambut baik pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,khususnya inisiatif membina baharu,membaik pulih serta menaik taraf kemudahan pendidikan TABIKA KEMAS di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.
Sebagai agensi pendidikan awal yang beroperasi sejak lebih lima dekad lalu,KEMAS menegaskan pihaknya sudah mengambil langkah segera bagi memperkukuh ekosistem pembelajaran peringkat prasekolah.
Menurut kenyataan sama,sejak awal tahun ini,KEMAS menggerakkan pelan tindakan menyeluruh bagi menaik taraf serta membaik pulih premis TABIKA di seluruh negara.
KEMAS juga kini membuka pendaftaran bagi kemasukan TABIKA sesi 2026,yang akan ditutup pada 31 Ogos ini.
“Sehingga kini,KEMAS mengendalikan 10,567 kelas TABIKA dan 547 TASKA,membabitkan lebih 200,000 kanak-kanak di bawah bimbingan hampir 11,000 pendidik terlatih.
“Usaha ini turut diperkukuh melalui pelaksanaan program khas seperti Tunas Istimewa dan Pra Tahfiz yang menerima sambutan positif daripada komuniti,” katanya.
Sementara itu,Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan berasingan,menyatakan komitmen untuk memainkan peranan menyeluruh dalam merealisasikan matlamat RMK13 sebagai peneraju pendidikan tinggi negara.
“Kementerian akan mempergiat usaha memperkukuh tadbir urus; merasionalisasi fungsi institusi; meningkatkan keberhasilan pendidikan; memantapkan kompetensi warga pendidik; menambah baik pelaburan; memperkasa pembelajaran sepanjang hayat; serta mengukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Selaras teras Malaysia MADANI,KPT akan terus melaksanakan dasar dan inisiatif berteraskan nilai murni serta keperluan rakyat,” kata kenyataan itu.
KPT turut menyeru kerjasama semua pihak termasuk institusi pendidikan tinggi,agensi,industri dan masyarakat dalam merealisasikan RMK13 demi masa depan negara yang lebih cemerlang.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur