2025-08-01 HaiPress

Pensyarah Keselamatan Siber dan AI Universiti Sains Malaysia (USM),Prof Madya Dr. Selvakumar Manickam
GEORGE TOWN,31 Julai – Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman terhadap pekerjaan sedia ada,sebaliknya berpotensi mencipta peluang kerja baharu yang lebih kompleks serta mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Pensyarah Keselamatan Siber dan AI Universiti Sains Malaysia (USM),Prof Madya Dr. Selvakumar Manickam berkata,teknologi itu juga menjadi pemacu utama yang boleh meningkatkan daya saing negara.
Menurutnya,Malaysia perlu berperanan sebagai pencipta dan peneraju inovasi AI di rantau ini,bukan sekadar pengguna semata-mata.
“Kita tidak sepatutnya hanya menjadi pengguna AI. Kita perlu meningkatkan penggunaan AI melalui inovasi,terutamanya dalam sektor automasi yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. AI juga telah digunakan oleh penyelidik seperti saya untuk mempercepatkan hasil penyelidikan dan membuktikan impak besar teknologi ini. Walaupun sesetengah pekerjaan mungkin hilang,akan wujud pula pekerjaan baharu berteknologi tinggi,” katanya kepada RTM.
Beliau berkata,penyelidik tempatan sudah pun menggunakan AI untuk mempercepatkan proses penemuan akademik,sekali gus membuktikan potensinya dalam pelbagai sektor.
Terdahulu,Perdana Menteri dalam ucapan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menyifatkan AI sebagai “peluang generasi” yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjadikan Malaysia peneraju AI di Asia Tenggara.
Pelan tindakan nasional turut dirangka bagi memacu pembangunan bakat tempatan,penyelidikan dan pengkomersialan teknologi,termasuk sasaran liputan 5G menyeluruh,5,000 usahawan digital dan 95 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian menjelang 2030.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur