2025-08-01 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Majlis Penyerahan Zakat FELKOP pada Malam Mega Selawat bersempena Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),Kuala Lumpur/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai – Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Malam Mega Selawat bersempena Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),malam tadi.
Beliau tiba sekitar pukul 9 malam dengan diiringi Pengerusi FELDA,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Majlis diserikan dengan kehadiran lebih 1,500 peserta dan persembahan selawat oleh Kumpulan Qasida yang diketuai Ustaz Abdullah Abdul Razak.
Turut diadakan,penyerahan zakat korporat kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)melibatkan beberapa syarikat dan koperasi utama iaitu Koperasi Permodalan FELDA (KPF),FGV Holdings Berhad,Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) dan dua lagi Koperasi Generasi FELDA Baharu (KGFB) dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) yang turut menyerahkan zakat.
Zakat yang disalurkan akan memberi manfaat kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pelaksanaan program Yasin bulanan dan Ziarah Kasih Asnaf di beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.
Majlis turut menyaksikan penyerahan dua van jenazah sumbangan FGV kepada Felda Triang 01,Wilayah Mempaga dan Felda Sungai Retang,Wilayah Jengka
Turut dilancarkan,skim perlindungan Takaful Berkat Afiat sebagai usaha memperkukuh kebajikan komuniti FELDA.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur