2025-08-01 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Julai- Sistem penjagaan kesihatan yang efisien dan mesra rakyat menjadi fokus utama Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 7.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata reformasi kesihatan bukan sekadar matlamat tetapi kini menjadi satu keperluan khasnya untuk kepentingan rakyat.
"Reformasi kesihatan bagi saya bukan lagi matlamat masa depan. Ia sebenarnya keperluan kita sekarang.
Saya fikir kita telah banyak membincangkan tentang meningkatkan pelaburan awam,ia perlu memberi tumpuan kepada penjagaan pencegahan berbanding penjagaan tepat dan sebagainya," kata Datuk Seri Fadillah kepada pemberita,hari ini.
Beliau yang juga mewakili Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengemukakan empat isu utama yang lain antaranya pembiayaan perubatan,populasi warga emas dan kerjasama sektor awam dan swasta dalam bidang perubatan.
Tiga panel turut serta dalam perbincangan,Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH,Dr. Prem Kumar Nair dan Pro-Naib Canselor Universiti Monash Malaysia,Profesor Emeritus Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman.
Datuk Seri Fadillah berharap agar forum berkenaan mampu menjadi platform perbincangan dan percambahan idea sekali gus menjadi penghubung kukuh antara kerajaan dan rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur