2025-08-01 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Julai - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini,disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM18.10 bilion daripada RM18.71 bilion pagi ini manakala mudah tunai dana Islam meningkat kepada RM29.0 bilion daripada RM26.34 bilion sebelum ini.
Terdahulu,bank pusat itu menawarkan masing-masing tiga tender repo berbalik,satu tender repo berbalik Islam dan satu tender repo berbalik semalaman.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Bank pusat itu juga bertindak menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM29.0 bilion daripada RM26.8 bilion.
Pada pukul 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM18.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM29.0 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 30 Julai 2025. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur