2025-08-01 HaiPress

Foto laman X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,31 Julai - Rundingan berkaitan isu tarif timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat kini telah dimuktamadkan.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu telah dimaklumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) hari ini.
Perdana Menteri turut berkongsi mengenai perbualan telefon awal pagi tadi bersama Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump.
"TYT Duta Jamieson Greer,Wakil Perdagangan Amerika Syarikat,turut menghubungi saya sejurus selepas beliau memberikan taklimat kepada Presiden Trump mengenai perkara ini," kata Tengku Zafrul menerusi hantaran laman X hari ini.
Tambah beliau,Malaysia kini sedang menunggu maklum balas rasmi daripada Presiden Trump yang dijangka diterima esok.
"Satu kenyataan bersama antara Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan MITI akan dikeluarkan selepas itu bagi memperincikan butiran lanjut yang telah dipersetujui," ujarnya.
Rundingan tersebut dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan dagangan dua hala,terutama dalam usaha Malaysia memastikan akses pasaran dan keadilan perdagangan dipertahankan.
ARTIKEL BERKAITAN
Trump umum tarif ke atas Malaysia esok - PM
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur