2025-08-01 HaiPress

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi,Datuk Dr. Zunika Mohamed/foto Bernama
KUALA LUMPUR,31 Julai 2025 – Pembangunan bakat dan infrastruktur strategik menjadi fokus utama Kementerian Ekonomi dalam merealisasikan agenda penciptaan nilai yang digariskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi,Datuk Dr. Zunika Mohamed,fokus kementerian adalah untuk memastikan keutamaan pembangunan setiap kementerian diselaraskan dengan matlamat RMK13,khususnya dalam peralihan kepada ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi tinggi.
Sebagai persediaan awal,pembangunan bakat dimulakan sejak peringkat pendidikan,dengan penekanan terhadap bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM),bagi membina asas kukuh ke arah melahirkan tenaga mahir selari dengan keperluan masa depan ekonomi negara.
“Kita memberi penekanan kepada penyediaan bakat dalam bidang Sains,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar Malaysia bersedia melahirkan tenaga kerja yang mampu menyokong agenda inovasi nasional,” katanya selepas menjadi tetamu program Biz Malaysia.
Selain itu,kementeriannya turut memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur seperti fasiliti penyelidikan dan makmal ujian produk,yang menjadi asas kepada pengkomersialan teknologi tempatan.
Dalam masa yang sama,usaha memperkasa usahawan Bumiputera turut menjadi agenda penting bagi memastikan penyertaan inklusif dalam sektor bernilai tinggi,menerusi sokongan penskalaan dan akses kepada pembiayaan strategik.
“Kita tidak hanya fokus kepada jalan raya atau struktur binaan,tetapi juga kepada makmal,pusat penyelidikan dan fasiliti ujian produk agar penciptaan nilai dapat berlaku di setiap sektor," katanya
Beliau menjelaskan bahawa semua inisiatif ini akan dimasukkan dalam perancangan peruntukan pembangunan tahunan,selaras dengan kerangka RMK13 yang menekankan pertumbuhan ekonomi mampan dan penciptaan nilai merentas sektor.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur