2025-08-01 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam pasaran konvensional dianggarkan berjumlah RM16.12 bilion manakala RM30.15 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini,BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik,meliputi tender RM3.2 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion bagi 32 hari dan RM1.0 bilion untuk 94 hari.
Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik semalaman RM1 bilion bagi tiga hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM22.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM30.2 bilion. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur