2025-08-01 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,1 Ogos - Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat,apabila pelabur menelti hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan langkah tarif balas oleh Washington yang berkuat kuasa hari ini.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan berada pada 4.2650/2850 berbanding dolar AS,tidak berubah daripada 4.2650/2730 ketika ditutup semalam.
Terdahulu,AS mengumumkan tarif yang lebih rendah iaitu sebanyak 19 peratus ke atas import Malaysia,berkuat kuasa 1 Ogos,2025.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,memberitahu Bernama tarif yang baru diumumkan itu berkemungkinan menyokong ringgit dan meningkatkan sentimen pelabur.
Terdahulu,AS mengumumkan tarif lebih rendah iaitu sebanyak 19 peratus dikenakan ke atas import Malaysia,2025.
Pada 7 Julai,Washington mengumumkan AS akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk Malaysia yang dihantar ke negara itu,berasingan daripada semua tarif sektor,berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini,dan angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang telah diumumkan pada April.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat 0.15 peratus kepada 99.968 mata,disokong oleh keputusan terkini AS berkenaan tarif serta indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang lebih kukuh daripada jangkaan apabila naik kepada 2.6 peratus bagi Jun.
Beliau berkata data itu menunjukkan risiko inflasi masih wujud dan boleh mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan Kadar Dana Fed tidak berubah semasa mesyuarat pada September.
“Susulan itu,ringgit dijangka kekal rendah,mungkin sekitar RM4.26. Semalam,ringgit susut 0.61 peratus dan ditutup pada RM4.2690.
“Nampaknya,selepas mesyuarat FOMC,dolar AS terus memperoleh momentum kerana Fed kekal komited terhadap pendirian dasar yang ketat untuk mengekang risiko inflasi,” katanya.
Pada pembukaan dagangan,ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.8277/8411 daripada 2.8443/8498 ketika ditutup pada Khamis,dan meningkat berbanding pound British kepada 5.6328/6592 daripada 5.6426/6532.
Unit tempatan juga tinggi berbanding euro kepada 4.8711/8939 daripada 4.8766/8857.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.31/7.35 daripada 7.31/7.33 ketika ditutup semalam,dan ringgit hampir kekal mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 259.1/260.5 daripada 259.1/259.7 semalam.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0169/0876 daripada 13.0448/0753 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2856/3012 daripada 3.2889/2953. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur