2025-08-04 HaiPress

Datuk Ishak Bakri
KUALA LUMPUR,4 Ogos - Malaysia kini melangkah setapak ke hadapan dalam memperkukuh sistem kehakimannya di peringkat global dengan pelaksanaan Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan.
Ketua Pengarah Insolvensi Datuk Ishak Bakri menjelaskan bahawa undang-undang itu membolehkan Malaysia mengiktiraf serta terlibat dalam prosedur insolvensi luar negara yang dilihat sebagai satu keperluan penting dalam konteks perdagangan antarabangsa.
"Sudah tiba masanya untuk Malaysia menggunapakai Undang-Undang Seragam ini supaya kita setaraf dengan negara-negara lain yang mengamalkan prinsip langit terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Lebih 60 negara telah mengguna pakai undang-undang itu,dan Malaysia menjadi negara ke-4 di Asia yang menyertainya.
"Ini isyarat jelas bahawa mahkamah Malaysia akan bekerjasama dengan mahkamah asing dalam menangani isu insolvensi rentas sempadan. Kita mahu pastikan sistem kehakiman kita menjadi sebahagian daripada jaringan kehakiman global," katanya lagi.
Sementara itu,Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan,Fazril Sani Mohamed Fadzil berkata,antara cabaran utama ialah pengesanan aset-aset tersembunyi atau berada di luar negara.
"Penyembunyian aset digital dan fizikal yang berskala kecil sangat sukar dikesan. Sebab itu,kerjasama dengan agensi luar negara dan pentadbir-pentadbir insolvensi antarabangsa amat diperlukan," katanya.
Jabatan Insolvensi kini sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bersepadu yang akan dilaksanakan bersama rakan strategik dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
"Dengan adanya SOP ini,pengesanan dan pemulihan aset boleh dijalankan secara lebih konsisten,berkesan dan pantas," jelasnya.
Syarikat yang menghadapi tekanan kewangan turut disaran menggunakan mekanisme penyelamatan korporat seperti yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat 2016 bagi mengelak impak lebih besar terhadap operasi dan tenaga kerja.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur