2025-08-04 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
KUALA LUMPUR,4 Ogos - Kerajaan komited memastikan golongan B40 dan M40 terus mendapat akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),termasuk dalam bidang berteknologi tinggi yang melibatkan kos tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,akses kepada kursus teknikal tidak disekat mengikut latar belakang sosioekonomi pelajar,sebaliknya kerajaan menumpu untuk membina minat serta menyediakan ruang untuk peluang kedua.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Krau,Kamal Ashaari di Dewan Rakyat.
"Persoalan sama ada golongan B40 atau M40 mendapat akses kepada TVET,tidak timbul kerana ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran di peringkat teknikal sentiasa ada. Cuma yang menjadi kekangan dan halangan,bagaimana kita hendak mewujudkan suasana yang membolehkan mereka berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi tinggi ini," jelasnya.
Tambah beliau,pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di institusi pengajian tinggi teknikal termasuk politeknik bagi membolehkan lebih ramai pelajar,termasuk yang tidak mempunyai kelulusan yang disyaratkan untuk menyambung pengajian dalam bidang seperti kejuruteraan.
"Kita telah mengemukakan satu cadangan di peringkat politeknik bagi mewujudkan keadaan yang dapat memberikan ruang kepada mereka untuk mengikuti kursus ini,tanpa melihat secara khusus kepada kelulusan mereka. Ini disebut sebagai peluang kedua berdasarkan kepada minat mereka,” katanya.
Menurut beliau,hasil daripada pelaksanaan dasar ini sejak dua tahun lalu,kementerian berjaya melahirkan kumpulan pelajar baharu yang dapat memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor teknologi tinggi,seperti semikonduktor serta kejuruteraan elektrik dan elektronik.
Kerajaan turut menjalin kerjasama dengan syarikat berteknologi tinggi seperti Intel melalui "Kerjasama Industri-Kerajaan" dalam usaha memastikan pelajar TVET bersedia mengisi kekosongan pekerjaan dalam industri masa depan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur