2025-08-04 HaiPress

Datuk Seri Dr. Abdul Malik Abdullah
KUALA LUMPUR,4 Ogos - Malaysia Industry Awards (MINDA) 2025 serta Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 Ogos ini dijangka mengumpulkan lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Menurut Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) Datuk Seri Dr. Abdul Malik Abdullah,ia merupakan usaha memperkukuh masa depan ekonomi ASEAN lebih mampan dan progresif pasca pandemik selain membina kerjasama serantau.
"MITI memberi sokongan penuh dan keberanian kepada kami untuk menggunakan logo ASEAN. Semua negara ASEAN akan hadir dan kita akan berdialog tentang tiga teras — keusahawanan,digital ASEAN dan green ASEAN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Prigram Selamat pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
FMBA turut menekankan pentingnya penyertaan semua lapisan komuniti perniagaan tanpa mengira bangsa,saiz perniagaan atau lokasi.
"Slogan kami adalah 'Voice of the Industry'...semua kaum dan semua negeri terlibat. Tak kira besar atau kecil,semua bersama kami dalam FNBA," tambahnya.
FMBA berharap Forum Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) akan menjadi acara tahunan yang akan diteruskan di negara ASEAN lain,dengan Filipina dijangka menjadi tuan rumah seterusnya.
"Kami tidak mahu ia sekadar melepaskan batuk di tangga. Kami mahu ABCD menjadi acara tahunan supaya impaknya berterusan dan dapat diperbaiki setiap tahun," ujarnya.
Acara ini dijangka mengumpulkan lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara,sekali gus memperkukuh hubungan strategik serantau dalam membina masa depan ekonomi ASEAN yang lebih mampan dan progresif.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur