2025-08-04 HaiPress

Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin
KEPALA BATAS,4 Ogos - Lelaki warganegara Indonesia maut akibat serangan jantung selepas bergelut dengan pihak polis di sebuah rumah pangsa di Bukit Jambul,kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang,Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata,pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.20 petang dengan suspek telah memegang sebatang besi bertindak agresif dan menyerang pihak polis.
"Orang awam yang ada berhampiran di tempat kejadian membantu pihak polis dalam membuat tangkapan ke atas si mati.
"Ketika berada di balai Sungai Nibong suspek tiba-tiba pengsan dan kita telah menelefon ambulans dan terus dibawa ke hospital. Si mati disahkan meninggal dunia oleh doctorakibat serangan jantung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Narkotik di Stor Barang Berpusat Seberang Perai Utara di sini.
Setakat ini,dua laporan diterima melibatkan suspek berkaitan kes pecah cermin kereta penduduk menggunakan besi dan mencereboh masuk rumah penduduk.
Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur