2025-08-04 HaiPress

Foto hiasan
PUTRAJAYA,4 Ogos - Pengamal media tempatan yang memegang Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan (JaPen),perlu mendapatkan kod promosi unik untuk menebus insentif diskaun 50 peratus bagi tiket penerbangan AirAsia.
Menurut soalan-soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan JaPen,kod promosi boleh diperoleh dengan melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya kepada JaPen melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Setelah menerima kod promosi,pemegang KPM boleh melayari www.airasia.com atau membuka aplikasi AirAsia untuk membuat tempahan tiket antarabangsa ke mana-mana 56 destinasi ASEAN yang tersenarai.
Semasa pembayaran,kod yang diterima perlu dimasukkan pada ruangan Promo Code bagi mendapatkan diskaun 50 peratus daripada tambang asas.
“Kod Promosi akan dihantar kepada pemohon dalam tempoh tiga hari bekerja,” menurut FAQ tersebut.
Menurut JaPen,promosi berkenaan layak ditebus pemegang KPM berstatus warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebelum atau pada 4 Jun lepas dan masih sah tempoh KPM sewaktu tempahan tiket penerbangan dibuat,terhad kepada pembelian 12,000 tempat duduk terawal.
Tempoh tempahan dibuka sehingga 31 Dis ini bagi tempoh penerbangan bermula 1 April hingga 6 Sept 2026,kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah.
“Sebarang penukaran tarikh atau destinasi selepas tempahan hanya dibenarkan mengikut terma dan syarat AirAsia,dan mungkin dikenakan caj tambahan,” menurut FAQ itu.
Selain itu,JaPen memaklumkan kod promosi yang diberikan hanya terpakai untuk tambang asas bagi satu tiket pemegang KPM dan tidak meliputi caj tambahan seperti bagasi,makanan,pilihan tempat duduk,cukai lapangan terbang dan fi perkhidmatan lain.
“Tawaran diskaun 50 peratus ini hanya sah untuk pemegang KPM sahaja dan tidak boleh dipindah milik,” menurut JaPen.
Pengamal media yang memerlukan maklumat lanjut semasa proses penebusan boleh menghubungi pegawai JaPen di talian 03-8911 7381 atau 03-8911 7382,serta menyemak status dan mengemas kini maklumat KPM di portal emedia.penerangan.gov.my.
Inisiatif itu,hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia,bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia yang diumumkan semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun lepas. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur