2025-08-04 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh inisiatif menangani isu kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi pelbagai pendekatan profesional dan menyeluruh.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata,masalah kesihatan mental seperti kemurungan,kebimbangan dan tekanan dalam kalangan pelajar boleh berpunca daripada faktor seperti tekanan akademik,kos sara hidup,isolasi sosial serta pengaruh media sosial.
Sebagai langkah awal,KPT telah menubuhkan Pusat Kaunseling Pelajar yang diiktiraf di bawah Akta Kaunselor 1998 di semua universiti awam,dengan lebih 280 kaunselor bertauliah kini bertugas di pusat tersebut.
“Masalah tersebut boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti perubahan persekitaran,tekanan akademik,isolasi sosial dan juga tekanan daripada media sosial. Justeru,bagi menguruskan isu ini,salah satu langkah yang telah diambil oleh KPT adalah dengan menubuhkan Pusat Kaunseling Pelajar yang diiktiraf di bawah Akta Kaunselor 1998 di semua universiti awam bagi tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional secara percuma kepada pelajar,” kata beliau di Dewan Rakyat,hari ini.
Selain itu,pelbagai program turut dilaksanakan termasuk pelancaran manual perkhidmatan kaunselor IPT pada Oktober 2024,pembangunan modul kesihatan mental mahasiswa IPT serta inisiatif sokongan rakan sebaya menerusi Crisis Support Squad dan pembimbing rakan siswa.
KPT juga memperkenalkan sistem intervensi awal,pemantauan kes serta sokongan akademik fleksibel kepada pelajar yang mengalami gangguan kesihatan mental kritikal,selain memperluas program sokongan komuniti dan sosial dalam kampus bagi mewujudkan persekitaran lebih sihat dan bebas tekanan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur